Mana dapat Idea Buat Snek/Kerepek LobaK Merah ni ?? Soalan yg selalu di tanya sejak terciptanya Snek ini pada tahun 2015. “CRAVIA” bangkit dengan IzinNya di saat-saat sedang buntu, gagal 1st bisnes & pengalaman sakit yg berterusan sejak berumur 13tahun. Perjuangan Memupuk Pemakanan Sihat melalui snek CARROT yg ditambah khasiat Stevia bukannya mudah terutamanya Snek ini merupakan SNEK PERTAMA DI MALAYSIA BERASASKAN LOBAK MERAH + STEVIA , tanpa pemgawet, tanpa msg, tanpa perasa tiruan malah mesin untuk membuat snek/kerepek ini pun tiada di pasaran.
Sebagaimana uniknya CRAVIA, seunik itulah mesin memproses & membuatnya yg perlu di cipta demi berkongsi manfaat CRAVIA dengan anda. Kata - kata yg selalu saya dapat, “Ada orang suka ke?, Kenapa buat CARROT ?, Alah,,snek je pun. Buat pe susah2 nak buat elok2, takde pengawet, takde MSG lah, koslah semua tu, Stoplah tak payah buat. Kos mesin je beribu,nak reka lagi. Susah betul,,. Kau tu sakit,lagi nak buat semua ni. Laa,masuk hospital lagi ke. Asyik sakit jelah kau ni,, dll Sesungguhnya Tidak Bergerak Suatu Zarah Dengan IzinNya. Segala keperitan ,pengalaman keluar masuk hospital bertahun-tahun, di uji gagal bisnes dan lost a lot of money rupa-rupanya tanda utk saya dihadiahkan idea CRAVIA CARROT CHIP ini yg dihadirkan melalui perbualan singkat dengan ibu tersayang,di saat-saat ingin membuang lambakan CARROT yang ada dirumah lantaran stress & tertekan kegagalan bisnes pertama.
Perjuangan CRAVIA CARROT CHIP dibawah OISHI DESSERT bukan setakat mengajak dan berkongsi manfaat kpd ramai orang utk makan Snek CARROT YG SIHAT, SEDAP & UNIK malah lebih dari itu.
Perjuangan sebenarnya adalah untuk Diri Kita Sendiri, Keluarga Tersayang & juga UMMAH agar BANGKIT dari SETIAP KEGAGALAN, SETIAP UJIAN ,BERSATU DI SAAT-SAAT DI DUGA, STAY STRONG & KEEP STRONGER NO MATTER WHAT HAPPEN IN OUR LIVES kerana Sesunggunya Kita Ini Adalah HAMBA dan selayaknya KITA DI UJI.
“ Bukankah PERMATA YANG PALING CANTIK, PALING MAHAL, PALING UNIK dihasilkan MELALUI TEKANAN YANG TINGGI , PROSES YG PALING RUMIT ” :) Salam Sayang Untuk ANDA INSAN HEBAT dari Miss CRAVIA.